what a beutiful Ramadhan..............

Alhamdulillah ....Tuhan masih memberikan aku peluang utk menikmati hadirnya bulan yg mulia ini sekali lagi pd tahun ini, iaitu bulan ramadhan. Insyaallah akan aku cuba utk mengisi seberapa banyak amalan berbanding bulan2 sebelumnya. Semoga ia juga menjadi bulan permulaan utk aku terus menjadi lebih baik, aminnnn...

Alhamdulillah, kini aku sudah mampu utk menangani rasa marah, kecewa, stress dll dalam cara yg lebih baik berbanding dulu. Malas nak mengambil tahu hal yg bukan2 ttg org lain melainkan jika nasihat dan pandangan kita diperlukan, mungkin itu lebih baik dalam mengelak dosa mengumpat. Aku cuba dan akan terus mencuba, x dinafikan kadang2 kala juga aku bertindak mengikut hati....aku akui kelemahanku....

Alhamdulillah, di waktu keseorangan aku x sunyi kerana di hatiku ada Mu Ya Allah, aku yakin Tuhan akan sentiasa bersamaku di waktu senangku atau susahku. Tetapkanlah imanku PadaMu Ya Allah hingga ke akhir nafasku. KepadaMu aku berserah, jauhkanlah sifat ujub, riak dll dariku, jauhkanlah diriku, keluargaku, saudara maraku & sahabat2ku dari melakukan perkara2 yg dimurkai olehMu Ya Allah....

Alhamdulillah di atas segala nikmatMu, kekalkanlah ia utk ku taburkan dlm bentuk amal jariah kepada yg memerlukan....aku bersyukur dengan kesederhanaan yg ada & berkongsi dengan yg lain itu amat membahagiakan.....