what a beutiful Ramadhan..............

Alhamdulillah ....Tuhan masih memberikan aku peluang utk menikmati hadirnya bulan yg mulia ini sekali lagi pd tahun ini, iaitu bulan ramadhan. Insyaallah akan aku cuba utk mengisi seberapa banyak amalan berbanding bulan2 sebelumnya. Semoga ia juga menjadi bulan permulaan utk aku terus menjadi lebih baik, aminnnn...

Alhamdulillah, kini aku sudah mampu utk menangani rasa marah, kecewa, stress dll dalam cara yg lebih baik berbanding dulu. Malas nak mengambil tahu hal yg bukan2 ttg org lain melainkan jika nasihat dan pandangan kita diperlukan, mungkin itu lebih baik dalam mengelak dosa mengumpat. Aku cuba dan akan terus mencuba, x dinafikan kadang2 kala juga aku bertindak mengikut hati....aku akui kelemahanku....

Alhamdulillah, di waktu keseorangan aku x sunyi kerana di hatiku ada Mu Ya Allah, aku yakin Tuhan akan sentiasa bersamaku di waktu senangku atau susahku. Tetapkanlah imanku PadaMu Ya Allah hingga ke akhir nafasku. KepadaMu aku berserah, jauhkanlah sifat ujub, riak dll dariku, jauhkanlah diriku, keluargaku, saudara maraku & sahabat2ku dari melakukan perkara2 yg dimurkai olehMu Ya Allah....

Alhamdulillah di atas segala nikmatMu, kekalkanlah ia utk ku taburkan dlm bentuk amal jariah kepada yg memerlukan....aku bersyukur dengan kesederhanaan yg ada & berkongsi dengan yg lain itu amat membahagiakan.....

perkahwinan itu perkongsian yg saling melengkapi...

Perkahwinan adalah satu ikatan yg menghalalkan antara seorg lelaki & perempuan.....melangkah ke alam perkahwinan akan mengajar kita byk perkara baru yg mungkin kadangkala x terduga oleh kita. baru2 ini seorg sahabat merujuk mslh perkahwinannya dgnku...yg kelakarnya dia adlh seorang kaunselor yg saban hari menyelesaikan mslh org lain.....xpelah, kaunselor pun manusia jugak kan...aku tekun mendengar segal hujahnya yg pastinya semua berpihak kpd dirinya. kemudian, stlh dia lega meluahkan segalanya, aku bertanya tentang apa tindakan yg terbaik blh dia lakukan utk menyelesaikan mslhnya? pendek & ringkas, jwpnnya 'cerai'.

kemudian aku bertanya pula pd si suami ttg pendapatnya berkenaan mslh tersebut. Melalui luahan kedua2nya, aku berpendapat mereka sbnrnya masih saling menyayangi cuma si suami mengharapkan si isteri mengotakan janjinya sblm berkahwin utk susah senang bersama. Tetapi stlh hmpir 6thn berkahwin si suami sentiasa beralah & melaksanakan semua kerja d rumah w/pun penat pulang dr kerja. si isteri juga penat bekerja ditambah pula dgn sikap sambil lewa terhadap tanggungjawabnya sbg isteri. Dia merasakan dirinya hebat krn telah menggadai nyawa melahirkan anak & wang gajinya juga diperlukan utk membantu ekonomi si suami.

melalui luahannya, aku melihat isterinya sbg seorg kaunselor yg sentiasa merasakan dirinya betul w/pun dia tahu dimana silapnya, dia tetap x mahu menerima pendapat org lain. si suami pula menggunakan alasan penat dgn kemalasan isterinya utk memasang 'spare-part'. kedua2 mereka ini adalah sahabatku & aku menyayangi mereka...aku telah nasihatkan sebaik2 cara utk menyelesaikan mslh ini tapi semuanya bergantung kpd pertimbangan kamu berdua. apapun.....sblm berkata apa2, pandanglah wajah bayi comel yg baru lahir hasil penantian kamu berdua selama 6thn! aku bukanlah terlalu baik @ terlalu bijak, cukuplah sekadar mengingatkan & diharapkan akan membawa kebaikan dunia & akhirat....kita sentiasa memohon kpd tuhan utk limpahan rezeki, kemewahan harta & sbgainya...harap kita juga x lupa memohon limpahan kasih sayang dariNya.......

Pendeta........

Sepanjang hidupku telah dihabiskan

segala masa dan usaha
kerana kamu

Sepanjang jalanan ku telah luahkan
segala kata dan kenangan
bersama kamu

Engkau siapa?
dipentas samaran sang Pendeta
asyik berpura

Kau sebenarnya
sekuntum debunga Wisteria
indah nan jelita
namun racun yang berbisa

Chorus:

Aku keliru sejuta lagu
kerna kekasihku
Ia bukanlah namamu

Aku mengaku belakangi mu
dialah jiwaku
disinggahsana Pendeta itu

Setinggi anganku dia diciptakan
sayang fikirlah oh apakah
pengertianku

Setinggi rinduku dibawa bayangan
sayang kemana fenomena
ketulusanmu........

Jom gi sekolah.........

Emmmm.... lama aku x update blog aku ni. maklumlah busy ngan kije tambah lak my little princess, pia dah register sekolah tadika.....kelakar tengok dia bersemangat gi sekolah padahal umur pun x cukup 3tahun. Memandangkan xde saiz baju yg sesuai maka terpaksalah ia ditempah khas. Pejam celik dah seminggu dia sekolah & setakat ni x pernah ponteng, bangun pagi mandi pun senang. As her mother, akulah orang paling happy tengok dia study & everytime dia balik tunjuk hasil kerja sekolah dia kat aku, w/pun hasilnya kadang2 hodoh skit aku akan tetap kata cantik & pandai anak ibu. Anyway, special thanks to cik ina yg sponsor beg pia yg baru coz beg barbie pia dah x pink lagi......utk cik uya, cik ani, cik mamin, pak lang, pak long, cik eja & cik nuar jgn lupa ye besday pia 16th february ni!....oppssss lupa lak auntie mel pun sekali ye....datang la muar lagik!....

Bukan Salah Cinta....

       Memang bukan salah cinta! actually salah kita sebagai manusia yang x tahu menghargai & memahami apa makna cinta. Makna cinta amat luas & universal......terhadap keluarga, kengkawan, jiran & terhadap makhluk2 ciptaan Allah yg lain. Bagi aku, cinta itu 1 anugerah perasaan yg amat indah yg akan mengajar kita apa itu kebahagiaan & kekecewaan. Tapi cinta kita pada Tuhan akan sentiasa membahagiakan kita bukan shj di dunia malahan insyaAllah ia akan menemani kita hingga ke akhirat. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan & kita sbgi hambaNya hendaklah sentiasa percaya bahawa qada' & qadar Allah itu pasti ada hikmahnya yg terselindung, jika kita x memahaminya sekarang mungkin perjalanan masa akan mengajar kita untuk memahaminya.
       Terlalu cinta blh membinasakan kita, so berpadalah dlm cinta bak kata pepatah tinggalkanlah sedikit rasa benci utk org yg amat kita cintai & tinggalkanlah sedikit rasa cinta utk org yg amat kita benci. Whateverlah.....hey ladies! cinta sekarang perlu pakai otak, barulah selamat dunia akhirat.
       Last but not least, letakkanlah cinta itu di tempat yg betul, selayaknya kita manusia. Cinta x boleh dipaksa, datangnya x diduga & perginya x mampu dihalang. Ibarat tali gitar yg longgar takkan menghasilkan bunyi & apabila ia ditarik terlalu kuat ia akan putus.......

Alhamdulillah.....

       Pneumonia & asthma...........membuatkan aku & my little princess terpaksa stay kat hospital for almost a week. Dlm tempoh tu cukup buat aku seksa melihat pieya melalui hari2nya dengan 'nebulizer', mula setiap 2 jam sekali & skrg setiap 4 jam sekali. Then kena suntik dengan antibiotics 4x sehari, kena x-ray, check darah & masuk air coz dia xde selera makan & minum susu.
      Before discharge from the ward, aku telah diajar oleh doktor pakar tentang penjagaan pieya bila keluar wad nanti sb dia akan continue using inhaler. Alhamdulillah, she's getting better, cuma aku perlu careful dgn aktiviti, persekitaran & especially pemakanan dia or anything which may lead her to asthma attack.
     To Dr Hafiz, Dr Tajol (child specialist) & staff nurse zakiah, your effort & kindness are highly appreciated. Siapa kata govt doctor & hospital is not good enough? Buktinya sblm ke hospital, aku dah pergi 3x ke private clinics but the results x berbaloi dgn payment. Whateverlah.......alhamdulillah & thanks to all who support me & pieya.....luv u all!

Kematangan Hidup...

       Beruntunglah setiap manusia itu jika peningkatan usianya turut meningkatkan kematangan dlm dirinya. Tak salah uth kita hidup dlm kenangan lalu asalkan ia tidak menjejaskan apa yg kita ada pd hari ini. Sentiasalah bersyukur dgn Nikmat ALLAH & berusahalah mengekalkan @ menambahnya. Jgn bersikap tamak & takbur hingga lupa semua itu hanyalah sementara sblm kita ke alam kekal.
       Allah mengurniakan kita dengan sifat cinta & kasih sayang, lalu tebarkanlah ia dgn pelbagai cara & erti kata. Sebagai anak, isteri, suami, ibu, ayah, sahabat & kekasih. Melalui kasih sayang kita blh mengubah seorang manusia & mungkin juga sebuah negara & dunia. Aku bersyukur dgn apa yg aku miliki skrg & bersabar dgn setiap ujianNya adalah menjadi tanggungjawabku. Kerana aku percaya, setiap yg Allah takdirkan itu ada hikmahnya. Muhasabahlah diri setiap kali solat dia awal subuh @ lewat malam. Ia akan membantu kita melihat di mana letaknya diri kita dlm hari yg kian berlalu dan muhasabah itu juga akan membantu mematangkan fikiran kita utk menempuh masa akan datang. Last but not least, berusahalah utk berubah ke arah kebaikan utk kehidupan yg lebih baik tanpa perlu rasa hasad dengki, iri hati & kebencian....